Tuesday 15 July 2014

Bahaya tidur terlalu lewat

Diantara kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah, beliau tidak suka tidur lewat. Jika tidak ada urusan penting –baik tentang dakwah ataupun jihad- maka beliau menyegerakan tidur setelah solat Isya’ kemudian bangun di pertengahan malam atau sepertiga malam untuk solat tahajjud atau qiyamullail.

Selain memudahkan tahajjud, ternyata kebiasaan tidak tidur lewat malam juga memiliki banyak manfaat berubatan yang baru diketahui di zaman modern ini. Sebaliknya, orang yang tidur lewat malam terancam bahaya kesihatan sebagai berikut:

1. Sistem Imun lemah
Tidur lewat malam ternyata berpengaruh rosaknya sel-sel darah putih. Akibatnya kekebalan tubuh menjadi lemah terhadap serangan berbagai penyakit.

2. Diabetes
Tidur lewat malam juga merosakan hormon di tubuh. Akibatnya tubuh tidak toleran terhadap glukosa karena jumlah insulin menurun. Orang yang tidur lewat malam menjadi lebih rentan terhadap penyakit Diabetes.

3. Sakit Kepala Hingga Kerosakan Otak
Tidur lewat malam membuat tubuh tidak boleh beristirahat dengan baik. Meskipun waktu tidurnya sama, katakanlah lima jam, orang yang tidur sebelum tengah malam dan bangun sepertiga malam terakhir akan merasakan kondisi fizikal yang lebih sihat. Sebaliknya, tidur lewat malam membuat istirahat tidak efektif. Ketika bangun kepala terasa berat, itulah tanda gegar otak kecil sedang menyerang. Jika dibiasakan, terus menerus dalam waktu berpanjangan, kerosakan otak boleh mengancam.

4. Kanser Hati
Diantara penyakit berbahaya akibat tidur terlalu malam adalah kanser hati. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam situs rasmi UGM Fakultas Kedokteran Bagian Radiologi,Bahawa penelitian doktor di National Taiwan Hospital menemukan bahawa tidur larut malam dan bangun terlalu siang merupakan penyebab utama kerosakan hati.

Subhanallah... demikianlah hikmah medikal dari salah satu kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Aisyah radhiyallahu ‘anha menjelaskan kebiasaan beliau
Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah tidur sebelum waktu isya' dan tidak pernah begadang setelahnya. (HR. Ahmad; shahih)

Ibnu Qayyim Al Jauziyah menjelaskan dalam Zadul Ma'ad: "Termasuk kebiasaan beliau adalah tidur di awal malam dan bangun di bahagian akhirnya. Terkadang beliau berjaga di awal malam untuk mengurusi berbagai kepentingan orang-orang miskin."

Semoga kita dimudahkan untuk mencontohi beliau, dan mendapatkan banyak manfaat dan hikmah berkat mencontohi beliau.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment