Thursday 3 April 2014

Cara Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopathy

Dalam tempoh pengambilan penawar homeopati, adalah wajar mengambil perhatian tentang beberapa perkara:

· Elakkan meminum minuman seperti kopi, teh dan nescafe. Bahan-bahan ini mengandungi caffeine dan akan mematikan kuasa penawar yang diambil.

· Sebaiknya mengelakkan memakan bahan makanan yang bercuka atau yang masam.

· Kurangkan atau elakkan daripada merokok. Kesan kandungan dalam tembakau seperti tar, nikotin akan mengganggu proses rawatan.

· Penawar dan pesakit hendaklah dijauhkan daripada semua jenis minyak angin. Jarakkan jangka masa penggunaannya dengan pengambilan penawar jika tidak dapat dielakkan.

· Pemberian penawar homoeopati bersama dengan ubat-ubatan yang mengandungi bahan dadah pada umumnya tidak digalakkan.

Saranan di atas adalah penting diikuti khasnya bagi mereka yang mengambil homeopati untuk jangka waktu yang lama. Saranan tersebut bukan sahaja baik untuk tujuan rawatan, tetapi juga untuk kepentingan kesihatan pesakit.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment