Wednesday 30 April 2014

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.

---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal.

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.

~Surah Al-’Asr.

Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!

Indahnya Islam jika penuh dengan adab.


Posted via Blogaway

Sunday 20 April 2014

Al-Quran

Dikatakan :-

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana,

Dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui


Posted via Blogaway

3 waktu dilarang mandi

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.


Posted via Blogaway

Saturday 12 April 2014

Pantang larang pesakit kanser

MAKANAN PERLU DI ELAKKAN

1)        Jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat ditukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5 - merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2)        Jangan ambil gula - Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian.

3)        Jangan makan produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain.  Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4)        Jangan makan seafood -  seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5)        Jangan Minuman - Kopi, teh, minuman bercoklat (sel kanser akan lebih cepat merebak).

6)        Jangan makan daging merah. WAJIB di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7)        Jangan makan Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8)        Jangan makan Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik.  (Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain - Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam dipercayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9)        Jangan makan makanan segera & sebarang produk dalam tin - seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10)     Jangan makan makanan berjeruk, ikan masin, telur masin, budu, belacan dan seumpamanya.

11)     Perlu dielakkan makanan yang dipanggang & dibakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus dielakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12)     Jangan makan sayur-sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih, cendawan dan lain-lain (sebarang sayur yang berwarna putih).

AMALKAN MEMAKAN:
   1.           Daun Betik (Boleh direbus dan minum airnya)
2.           Buah Betik
3.           Brokoli
4.           Nanas
5.           Durian Belanda
6.           Mangga
7.           Habbatus Sauda
8.           Asparagus (Boleh juga dibuat jus)
9.           Air Zam-Zam
10.     Taugeh
11.     Lobak Merah
12.     Sengkuang Cina
13.     Bawang Putih dan Merah (Jangan makan jika telah bercambah)
14.     Bayam
15.     Salad
16.     Kacang Bendi
17.     Daun Parsley
18.     Lemon Hijau dan Kuning


Posted via Blogaway

Tuesday 8 April 2014

Makanan hebat


Posted via Blogaway

BAGAIMANA HABBATUS SAUDA BERFUNGSI MERAWAT KEBANYAKKAN PENYAKIT

1) Menguat sistem pertahanan badan semulajadi yang sedia ada dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatusauda menguatkan sistem imun daripada serangan penyakit.

2) Mengandungi hormon yang lengkap untuk menambah kecergasan mentel, seksual dan pelbagai aktiviti.

3) Melancar semula perjalanan darah dan ini membantu ke arah penyembuhan semulajadi.

4) Kandungan nigellon yang terdapat didalamnya terbaik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, lelah dan radang tengkorok.

5) Membantu menguat kembali fungsi-fungsi buah pinggang, hempedu, hati, jantung dan bahagian-bahgian lain dalam tubuh seperti sediakala. Oleh itu, insya-Allah ia boleh membantu pesakit kencing manis, gout, jantung dan sebagainya.

6) Membekal sel-sel yang diperlukan untuk menambah keupayaan tubuh, menyingkirkan tumor/ketumbuhan yang mengakibatkan barah.

7) Membersihkan perut, menyingkirkan angin, kahak dan pelbagai tindak balas berlaku semasa rawatan. Namun ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan dan selamat digunakan.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT OLEH HABBATUSAUDA

1) Darah tinggi

2) Kencing Manis

4) Resdung

5) Asma

6) Luka-luka dihari

7) Batu karang

8) Sakit buah pinggang

9) Gout

10) Lemak berlebihan

11) Luka-luka dalam mulut

12) Luka-luka dalam perut

13) Kurang Penghadaman

14) Menegang permukaan kulit

15) Mengecut semua ketumbuhan

16) Senggugut

17) Putaran haid tidak menentu

18) Buasir

19) Sakit usus perut

20) Luka usus kecil

21) Ketegangan urat saraf

22) Letih lesu

23) Masalah penglihata

24) Anticancer (pencegah kanser yang berkesan)

25) Antihistamine (pencegah alahan)

26) Antioxidant (pencegah kerosakan sel)

27) Antibiotic (pembunuh kuman)

28) Antimycotic (antikulat)

29) Bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)

30) Masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang

31) Melancarkan keluarnya kencing

32) Memperlancarkan darah haid

33) Melancarkan pengeluaran susu ibu.

34) Masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan

35) Mengeluarkan angin dari perut

36) Menambahkan ghairah seks

37) Masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks

38) Masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat

39) Masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis

40) Masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah

41) Masalah mental - meningkatkan kecergasan minda

42) Masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima

43) Kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatus sauda dan menyarankan kita menggunakan habbatus sauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatus sauda.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatus sauda adalah penawar segala penyakit.

LAIN-LAIN KAJIAN HABBATUSSAWDA (BLACK SEED)

I. Menurut Bukhari – Muslim, NABI S.A.W bersabda yang bermaksud “Habbatus Sawda” mempunyai ubat bagi segala jenis penyakit kecuali maut”

II. Kajian oleh tokoh perubatan terkemuka Ibnu Sina & Inbu Qayyum Al Jawziyyah dalam bukunya “U Medicine of The Prophet” terutamanya penyakit-penyakit yang melibatkan lelah (asthma), sistem pernafasan, sistem saraf, pembiakan, penghadaman dan merawat organ dalam badan serta mengatasi 50 jenis penyakit bertepatan dengan Hadith Rasullallah S.A.W

III. Orang Arab terkenal mempunyai pernafasan, tenaga sex yang baik dan mampu mengharungi perjalanan jauh (musafir) berpuluh batu hanya berjalan atau menunggang unta kerana mengamalkan Habbatus Sawda dan madu sebagai makanan harian.

IV. Doktor Abu Ali Al Hussain B Abdullah B Sina yang lebih terkenal dengan IBNU SINA di dalam kitab besarnya QANUNFIL TIBB sebagai berikut: Habbatus Sawda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah. Dalam hal ini juga ia bertindak sebagai bom bagi menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang. Caranya ialah Habbatus Sawda di campurkan madu lebah dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

V. Kajian perubatan moden yang di lakukan oleh Dr Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang Imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda boleh di gunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

VI. Menurut kajian di Munich Institut bagi kajian Newer Therapeutic Methods mendapati habbatus suada mengandungi lebih dari 100 bahan aktif yang dianggap sebagai bahan yang mempromosikan kesihatan (health promoting subtances)

VII. Mengandungi 0.5 - 1 % ethereal oil yang bersifat antibaktiria anti oksidan.

IX. Sangat berguna untuk rawatan kulit, kulat intestine, bronchitis, kekerapan selsema, sakit kepala juga bersifat anti radang. Sangat berkesan merawat penyakit alahan dan asthma.

X. The Journal of American Scientist melaporkan Habbatus sauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatus sauda atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatus sauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.

Anti-Cancer

Nigella Sativa (Black Seed) sekarang sedang dilihat oleh banyak ahli onkologi sebagai ubat herba yang serius untuk membantu dalam rawatan kanser. US Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan 2 paten yang melibatkan minyak Nigella Sativa untuk mengubati kanser, mencegah kesan sampingan akibat chemotherapy, dan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan. Pada tahun 1991, Amala Cancer Research Centre, Kerala, India telah menjalankan kajian yang membuktikan minyak Nigella Sativa berguna dan effektif sebagai agen chemotherapeutic. Dalam kajian lain, didapati bahawa pengambilan minyak Nigella Sativa mengurangkan kesan sampingan beracun yang disebabkan oleh beberapa ubat kemoterapi yang lain seperti cisplatin dan doxorubicin.

Pada tahun 2003 di Jackson State University, USA, doktor-doktor telah mengkaji Nigella Sativa dan keberkesanannya sebagai agen anti-cancer. Mereka mendedahkan sel kanser payudara kepada ekstrak Nigella Sativa. Hasilnya, sel kanser payudara telah di nyahaktifkan dan doktor-doktor di disitu merumuskan bahawa Nigella Sativa sesuai digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser payu dara.

Pada tahun yang sama, doktor-doktor di Osaka City University Medical School di Jepun mengkaji penggunaan Nigella Sativa untuk rawatan kanser usus besar. Pengajian mereka menunjukkan bahawa minyak Nigella Sativa dapat menghambat pertumbuhan kanser pada tahap postinitiation. Pada tahun 2004 di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan, thymoquinone yang dihasilkan dari Nigella Sativa telah diselidiki untuk mengkaji kemampuannya dalam melawan sel-sel kanser usus. Penelitian mereka membuktikan bahawa thymoquinone mempunyai potensi yang tinggi sebagai agen untuk rawatan kanser usus besar.

Baru-baru ini, penyelidikan yang dijalankan di Kimmel Cancer, Jefferson di Philadelphia, menemui bahawa thymoquinone mampu menghalang pertumbuhan sel kanser pankreas dan membunuh sel-sel dengan menggalakkan proses programmed cell death. Dengan menggunakan sel pankreas manusia, kajian menjumpai bahawa thymoquinone membunuh lebih kurang 80% sel kanser. Kajian juga menjumpai bahawa thymoquinone mampu menyebabkan perubahan epigenetic dalam sel kanser pankreas dengan memodifikasikan sel DNA.

Anti-Tumor

Pada tahun 1991, Amala Research Center di Amala Nagar, Kerala (India) menjalankan kajian yang telah menegaskan bahawa penggunaan minyak Nigella Sativa (Black Seed) mampu bertindak sebagai agen anti-tumor. Jenis kedua sel kanser, Dalton's Lymphoma ascites (DLA) sel, juga digunakan. Tikus yang menerima sel EAC dan Nigella Sativa (Black Seed) tetap muzik tanpa adanya tumor, menunjukkan bahawa secara aktif 100% mencegah perkembangan tumor EAC.

Pada tahun 1997, Cancer Research Laboratory of Hilton Head Island, South Carolina, USA, telah berjaya membuktikan bahawa Nigella Sativa dapat digunakan sebagai agen di dalam rawatan tumor dan tidak mendatangkan kesan-kesan sampingan sepertimana ubat-ubatan lain yang digunakan untuk chemotherapy. Mereka mendapati bahawa pengambilan Habbatus Sauda dapat meningkatkan kadar pertumbuhan sel sumsum tulang sebanyak 250%, manakala dapat mengurangkan kadar pertumbuhan tumor sebanyak 50%.

Etiologi dan komplikasi diabetes banyak disebabkan oleh kehadiran free radical species di dalam badan, yang mengakibatkan oxidative stress. Pesakit diabetes menunjukkan paras oxidative stress yang tinggi yang banyak disebabkan oleh persistent hyperglycemia atau paras gula yang tinggi dan berterusan. Ini akan mengurangkan aktiviti anti-oxidative dan seterusnya menggalakkan lebih banyak penghasilan free radical species.

Diabetes

Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik menemui bahawa Nigella sativa dan bahan aktifnya Thymoquinone, mempengaruhi paras gula dan insulin di dalam badan. Tambahan pula, mereka mencadangkan bahawa aktiviti antioksidan Habbatus Sauda’ mampu mengurangkan kecederaan terhadap sel-B di dalam pancreas. Kajian tersebut menemui kurang kecederaan terhadap tisu-tisu haiwan yang mempunyai diabetes setelah mengambil Habbatus Sauda’. Disebabkan itu, mereka telah merumuskan bahawa thymoquinone mendatangkan kesan hepatoprotective, iaitu kesan perlindungan terhadap hati disebabkan oleh kesan langsung atau tidak langsung aktiviti anti-oksida Habbatus Sauda’.

Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan Habbatus Sauda pada paras gula di dalam darah. Kajian-kajian ini telah dilakukan ke atas beberapa haiwan, termasuk arnab, kambing, dan tikus. Keputusan kajian-kajian ini sangat memberangsangkan kerana telah menunjukkan kesan yang penting terhadap paras gula iaitu dapat menurunkan paras gula di dalam darah setelah diberikan Habbatus Sauda’ untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Kesan tersebut akan terus meningkat apabila Habbatus Sauda’ diberikan untuk tempoh yang panjang, iaitu sehingga beberapa minggu. Oleh sebab itu, pada masa kini Habbatus Sauda’ digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk diabetes.

Pada tahun 2002, kajian yang dilakukan di Gifu Universiti di Jepun telah membuktikan bahawa Habatus Sauda’ boleh digunakan sebagai rawatan Type 2 diabetes. Pada tahun 1991, Kuwait Universiti telah menjalankan kajian ke atas mekanisma aktiviti Nigella Sativa berkaitan dengan diabetes. Mereka menjumpai bahawa ekstrak Habbatus Sauda’ adalah ubat yang sesuai digunakan untuk merawat penyakit diabetes yang tidak memerlukan insulin. Pada tahun 2003, tiga fakulti di Van, Turki, dan pada 2004 di Faculty of Medicine, Universiti Zonguldak Karaelmas, Zonguldak mengesahkan bahawa Nibella Sativa dapat menurunkan paras gula di dalam darah kepada paras normal bagi arnab yang menghidapi diabetes.

Darah Tinggi

Kajian ke atas haiwan mendedahkan bahawa Habbatus Sauda’ mampu menjadi alternatif kepada ubat-ubat darah tinggi yang berada di pasaran sekarang. Kesan yang dilaporkan setelah mengambil Habbatus Sauda’ termasuk penurunan tekanan darah di dalam arteri selepas hanya 15 hari mengambilnya. Ciri-ciri anti-oksida Habbatus Sauda’ juga telah dikenalpasti dapat menghindarkan dari penyakit jantung.

Penyelidik-penyelidik menyatakan bahawa kemampuan diuretic Habbatus Sauda’ yang menyebabkan ia menjadi ubat darah tinggi yang baik adalah disebabkan oleh volatile oil di dalam Habbatus Sauda’. Satu kajian di Perancis menjumpai bahawa dichloromethane (sejenis volatile oil) yang dijumpai di dalam ekstrak Habbatus Sauda’ menunjukkan kesan diuretic yang tinggi. Bahagian methanol yang larut minyak menunjukkan kesan membantut ke atas tindakan arachidonic acid untuk meningkatkan penggumpalan platelet dan pembekuan darah, yang mengakibatkan kesan anti-platelet bertambah. Pada tahun 2001, Meiji Pharmaceutical University di Tokyo, Jepun telah menjalankan kajian hemotologik ke atas minyak Nigella Sativa. Mereka mendapati bahawa Nigella Sativa menunjukkan aktiviti anti-thrombosis yang lebih tinggi berbanding aspirin (ubat yang kerap digunakan untuk mengubati thrombosis).

Suatu kajian yang lain telah mendapati bahawa tikus-tikus yang telah diberi makan minyak Habbatus Sauda’ menunjukkan pengurangan paras kolesterol, triglyceride, gula, dan bilangan platelet sebanyak 15-35% berbanding control values. Keputusan ini mencadangkan bahawa kesan-kesan positif ini boleh digunakan dalam rawatan hyperglycemia dan hyperlipidemia, dan mungkin juga sebagai imbuhan dalam rawatan anemia (kekurangan sel darah merah). Beberapa ekstrak Habbataus Sauda’ mengurangkan plasma trygliceride secara signifikan dan pada masa yang sama menigkatkan paras HDL-kolesterol. Tambahan pula, satu kajian menyatakan bahawa volatile oil di dalam Habbatus Sauda’ mempunyai kesan yang sama efektif dengan simvastatin dalam mengurangkan paras kolesterol di dalam badan. Manakala satu kajian yang lain yang melibatkan sembilan orang pelajar menjumpai bahawa dua kapsul 500 mg minyak Habbatus Sauda’ sebanyak dua kali sehari selam dua minggu mampu mengurangkan paras gula dan juga paras kolesterol.

Bukti saintifik mencadangkan bahawa minyak Habbatus Sauda’ sangat efektif dalam mengurangkan paras homocysteine. Pembuktian melalui kajian yang dilakukan ke atas binatang menunjukkan bahawa homocysteine menyebabkan kesan oxidant secara langsung ke saluran darah, mengurangkan kesan vasodilation dan anti-coagulation nitrus oksida, dan meningkatkan oxidative stress. Minyak Habbatus Sauda’ memberi alternatif untuk mengurangkan homocysteine kepada mereka yang tidak memberi respon terhadap asid folik, vitamin B12 atau B6.


Posted via Blogaway

Monday 7 April 2014

Air kosong

Kena paksa diri untuk minum air kosong 8 gelas setiap hari..!!!!
[ JANGAN BANYAK ALASAN BILA DISURUH MINUM AIR BANYAK, BUAT SAHAJA, PAKSA DIRI, ITU ADALAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI KITA JUGA..]

Ramai di antara kita selalu leka atau merungut bila kita berceritakan mengenai pentingnya minum air kosong 2 liter atau lebih dalam sehari. Pelbagai alasan akan di beri antara ini " letih ke tandas dgn lebih kerap"....TAHU TAK???? 70% daripada tubuh kita perlukan air???? Bayangkan kalau kita kurang minum sb alasan malas kerap ketandas sb nk terkencing je....apa akan jadi pada tubuh kita jika kita tidak menganti air yang telah banyak kita keluarkan dari tubuh????

Air kosong keperluan tubuh badan kita paling penting!!!
Cuba tengok diri sendiri...seimbang tak tahap kesihatan kita berbanding dengan mereka yang lengkap dengan minum air kosong yang banyak. Sudah pasti tidak kan??? Anda yang mlas & kurang minum air kosong ini, pasti tahap kesihatan yang rendah & kerap mengalami & di jangkiti pelbagai jenis penyakit di sebabkan tahap imun anda yang rendah.

Kita perlu lengkap 70% air dalam tubuh kita bagi menjaga keseimbangan metabolisma tubuh, menjamin peredaran darah & menjaga tubuh kita tetap sihat optimum.  

Anda ingin sihat secara optimum??
Pasti kan tubuh lengkap dgn air ok.

Jika anda merungut bila kena paksa minum air kosong banyak, nampak sangat anda tidak sayang tubuh anda & cetek ilmu mengenai penting nya air dalam tubuh. Banyak faedah & manfaat bila kita rajin minum air kosong banyak2 ni..antaranya ialah : 

1. Melancarkan Pencernaan
Dengan banyak meminum air mineral, pencernaan akan dimudahkan pergerakannya oleh air. Sehingga pencernaan akan lancar dalam melakukan tugasnya. Oleh karena itu, kita akan terhindar dari penyakit seperti sulit buang air besar, sembelit, ataupun maag.

2. Menyembuhkan Berbagai Penyakit
Meminum air dalam jumlah banyak akan membantu mengeluarkan penyakit melalui urin. Sehingga dihimbau untuk sering meminum air mineral. Semakin banyak urin yang dibuang berarti semakin banyak penyakit yang dikeluarkan.  

3. Menjaga Mood
Kurangnya meminum air mineral akan menyebabkan dehidrasi yang akan membuat sakit kepala, suasana hati memburuk, dan bahkan kesulitan dalam berkonsentrasi.

4. Mencegah Penyakit Ginjal
Orang yang mengkonsumsi paling banyak cairan memiliki risiko penyakit ginjal kronis lebih rendah dibanding yang sedikit minum air. 

5. Membantu Menjaga Berat Badan
Semakin banyak air yang terminum secara otomatis akan mengisi sebagian lambung kita. Sebab itu asupan makanan yang harus dimasukan akan berkurang. Dengan ini maka kita akan mudah menjaga berat badan.

6. Merawat Kecantikan
Seperti kita ketahui, sebagian besar tubuh kita terdiri dari cairan. Oleh karena itu, jika tubuh kita kekurangan asupan air, tubuh akan mengambil kadar air yang ada pada kulit. Sehingga kulit kita akan terlihat keriput.

7. Menjaga Suhu Tubuh
Saat berolahraga, suhu tubuh kita akan meranjak naik dan aliran masuk keluarnya darah dari otak tidak seimbang. Dengan meminum air mineral, suhu tubuh kita akan stabil. Selain itu,  jantung kita pun akan berdetak dengan sehat. 

8. Mencegah Stroke
Air mineral yang masuk dapat membantu memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernapasan. Selain itu, oksigen yang masuk dalam tubuh lebih tertata dengan baik karena dibantu oleh cairan yang masuk. Dengan cara ini, maka tubuh aka mampu menjaga kestabilan sirkulasi darah sehingga dapat membantu mencegah stroke.


Posted via Blogaway

Cara mandikan bayi

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


Posted via Blogaway

Cara merawat bayi songsang

❏ Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.

❏Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.

❏Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.

❏Buat seperti merangkak elakkan merangkak ke depan,buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan ,baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.

❏Ambil segelas air kosong,bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...

❏Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...

❏Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

❏Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.

❏Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betol.
Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan wt solat hajat supaya ALLAH membantu kita. In shaa allah... kita kena yakin dan ikhlas..


Posted via Blogaway

Thursday 3 April 2014

Cara Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopathy

Dalam tempoh pengambilan penawar homeopati, adalah wajar mengambil perhatian tentang beberapa perkara:

· Elakkan meminum minuman seperti kopi, teh dan nescafe. Bahan-bahan ini mengandungi caffeine dan akan mematikan kuasa penawar yang diambil.

· Sebaiknya mengelakkan memakan bahan makanan yang bercuka atau yang masam.

· Kurangkan atau elakkan daripada merokok. Kesan kandungan dalam tembakau seperti tar, nikotin akan mengganggu proses rawatan.

· Penawar dan pesakit hendaklah dijauhkan daripada semua jenis minyak angin. Jarakkan jangka masa penggunaannya dengan pengambilan penawar jika tidak dapat dielakkan.

· Pemberian penawar homoeopati bersama dengan ubat-ubatan yang mengandungi bahan dadah pada umumnya tidak digalakkan.

Saranan di atas adalah penting diikuti khasnya bagi mereka yang mengambil homeopati untuk jangka waktu yang lama. Saranan tersebut bukan sahaja baik untuk tujuan rawatan, tetapi juga untuk kepentingan kesihatan pesakit.


Posted via Blogaway