Saturday 4 January 2014

Pernah buat tak camni?

Bila keluar makan/minum atau tengah pegang gelas berisi air, tiba2 ada rasa xpuas hati kat sesiapa, then 'ter'mengumpat depan air tu, atau marah2 depan air, pendek kata cakap benda2 negatif la depan air tu. Pernah buat x? Tau tak sebenarnya air tu 'perakam' yang terbaik? Ia akan 'rakam' semua yang ada depannya. Sebab tu kalau perasan, orang selalu baca Yassin depan air, sebab nak 'rakam' vibration2 dan energy2 positif dari Al Quran itu. Air kan akan 'bersatu' dalam badan kita. Ce bayangkan anda sedap ngumpat2, dan marah2 (energy negatif) depan air,lepastu minum pulak air yang di'rakam' dengan aura negatif tu? Ahha, sebab tu kadang2 kita cepat emo, susah nak terima ilmu, payah nak berubah yang lebih baik, sebab kita dah 'rakam' benda2 negatif dan masukkan dalam badan kita. Wallahualam. nak SHARE silakan :)
Surah Al-Fatihah dapat Memadam kemurkaan Allah SWT.

Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga          atau kehausan pada hari Kiamat.         
Surah Dukhan dpt membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.         

Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.        

Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur.  
      
Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.         

Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi          kematian.         

Surah Al-Ikhlas dpt melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.         

  Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki.         

Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.         

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana dikatakan juga:-  
Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...         
Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.         
Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.         
Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.         
Ketika anda amalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan          membaca AL-QURAN dan amalkannya agar syaitan terus stroke.         
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini,          syaitan pun mencegahnya.         
Syaitan kata, 'JANGAN S
SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 3 January 2014

7 Sunnah hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

1) Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2) Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3) Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5) Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6) Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7) Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Makanan ibu hamil

Published with Blogger-droid v2.0.10