Friday 26 September 2014

jom ketawe

10 karo hok kawe tahu
pasal demo..
1. demo baco teks ni.
2. demo orang buke beruk..
3. demo xleh sebut huruf 'P' kalu bibir sentuh.
4. demo baru jah try wat hok no. 3
6. demo senyum sore..
7. dalam demo senyum demo tak perasan no. 5 takdok..
8. demo cek betul ko no 5 xdok..
9. demo sengeh sdiri sambil mikir
10. demo nok share teks ni nok bui sain sain demo keno etek
demo demo demo demo
demo demo demo demo
demo demo demo demo
demo demo demo demo
11. demo meme malas nok baco blako perkataan hok atas.
12. demo tok perase kawe ado tulis "deme".
13. demo terus cari perkataan "deme", sebenarnya takdok pun kawe wat lolok jah.
14. demo keno pulok!!
15. demo share la biar ramai2 pakat keno ckit sore..sharing is caring..
haha..
..
"..Laughter is the best medicine..."

posted from Bloggeroid

MINDSET

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia
memberi pesan kepada kedua anaknya :

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya
dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.

Si bungsu sukses
menjalankan bperniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu
sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”

Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti
pesan ayah bu..

Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun
sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada
saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.

Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang
atau MINDSET berbeda.

Mereka MELAKUKAN cara yang
berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda
pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

Bijaksanalah menjalani kehidupan ini....

posted from Bloggeroid

Jika kita mengeluh...

Sedikit Tazkirah

Nasihat Ustaz
Utk perkongsian:

Ketika kita mengeluh:

“eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)

Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar,bersyukur dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa...

Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^

Mohon sahabat-sahabat semua share untuk manfaat kita bersama..

Terdapat dua jenis manusia
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.

posted from Bloggeroid

Thursday 25 September 2014

Benda baik

--> Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :

الرمان
delima

الروب
yogurt

الثوم
bawang putih

البصل
bawang besar

الشاي الأخضر
teh hijau

الشوفان
oat

القرع
labu

البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ


ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit :

1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan

ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan

1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ


وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
empat perkara menambah seri wajah

1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

وأربعة تجلب الرزق :

Empat perkara menaik rezeki

1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikir waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

وأربعة تمنع الرزق
empat perkara menjauhkan rezeki :
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas

** Kalau anda kagum dengan kalimah kalimah ini , jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan anda dan orang yang anda kasihi.. 

posted from Bloggeroid

Wednesday 20 August 2014

Cara menyelesaikan masalah harian

1)Masaalah semut
Semut benci timun..letakkan kulit timun brdekatan lobang atau sarang semut atau d mna bnyak semut.

2) untuk mengilatkan cermin cuci lah dgn sprite (minuman Sprite)..

3) untuk menanggalkan chewing gum yg mlekat pada baju..masukkan bju trsebut kdalam freezer simpan slama 1jam..

4) untuk memutihkan baju putih..rendam dgn hirisan lemon selama 10 minit

5) untuk rambut nampak brseri..bubuh 1sudu teh cuka mkn sapu rata dbhgian atas rambut..kemudian trus cuci..

6) untuk mmbanyakkan juice lemon..rendamkan lemon ddlm air panas slma 1 jam..

7) untuk menghindarkan bau busuk ddapur letakan skeping roti ketika kita memasak..

8) klo bju trkena dawat untuk mnghilangkanya..sapu ubat gg pda tempat yg trkena dawat itu biarkan ubat gg trsbut sampai kering kemudian cuci.

9) untuk menghindarkan tikus..taburkan srbuk lada hitam dmna 🐀 berada.

10) minum air suam 1,2 gelas sbelum tidur.bole mngurangkan 90% dri serangan jantung..bgitu juga bila bngun pagi..
-seperti yg kita maklum air sangat penting pda system bdn
-meminum air pda masa yg sesuai dgn kadar maxima yg dprlukan oleh tubuh manusia akan mmbawa kesan yg baik.
-mminum 1 gelas air slpas bngun bole mngaktifkan organ2 dalaman.-mminum 1 gelas air 30 minit sbelum mkn mmbantu penghazaman.
-mminum 1 gelas air sbelum mandi..bole mmbantu mngurangkan tekanan darah
-mminum 1 gelas air sbelum tidur bole mnghindarkan stroke dn serangan jantung

posted from Bloggeroid

Sakit kaki tangan dan mulut

copy paste

Barangkali tidak ramai yang tahu tentang akronim HFMD.Bagaimana dengan Coxsackie (kosaki)?

 Sebenarnya kedua-dua istilah tersebut merujuk pada sejenis penyakit (jikapun tidak disebut wabak) yang tidak asing di negara kita.Nama lainnya ialah sakit tangan, kaki, dan mulut.

Penyakit ini kerap memyerang kanak-kanak dan lazimnya tidak merbahaya.Namun ia tidak boleh diambil ringan kerana terdapat virus berkaitan penyakit ini dikatakan boleh melarat hingga membawa maut. Wallahualam.

Oleh kerana terdapat peningkatan kes sejak akhir-akhir ini maka saya menggelintir internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan.

Saya temui satu artikel yang ditulis seorang doktor. Walaupun ia disiarkan pada 2008 namun ada di antara maklumatnya yang masih boleh digunakan. Cuma mungkin perkembangan teknologi semasa (2012) serta pertambahan pengetahuan manusia meminimumkan kesan mudaratnya dan mempercepat proses pemulihan.

Mari kita baca: Monday, July 21, 2008Tajuk: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan Perawatannya.

Assalamualaikum,Baru-baru ini diumumkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD telah menular di kawasan Taman Tun Dr Ismail. Saya sendiri di klinik Idzham, telah merawat beberapa orang kanak-kanak yang menghidapinya dan telah memberikan cuti yang lama dari sekolah.Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD. Definisi dan PenyebabHMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitanHFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala PenyakitHFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-.
1-Demam Tinggi.
2-Penat dan lemah.
3-Tidak mahu makan dan kurang kencing.
4-Bernafas kencang.
5-Muntah-muntah.
6-Nampak mengantuk,
pening dan cepat marah dan menangis.
7-Sawan

Perawatan HFMD.HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. 

Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
1. Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah.
2. Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik.
3. Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari.
4. Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
5. Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini. (artikal ini ditulis pada 2008).

Elakkan Jangkitan!
1) Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.
2) Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.
3) Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.
4) Jangan Panik!Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.
5)Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

posted from Bloggeroid